Desaru Fruit Farm banyak memberikan pendidikan kepada pengunjung mengenai asas pertanaian, teknologi pertanian yang digunakan dan banyak lagi mengenai sektor pertanian.
DFF telah menerima anugerah Innovative Tourism Attraction – Agro Tourism Conservation daripada Malaysia Tourism Awards pada tahun 2010, dan anugerah Best Agro Tourism Site In Malaysia oleh MAHA pada tahun 2006, kini adalah tarikkan pelancong bukan sahaja dari dalam malah dari luar negara yang datang berkunjung ke Johor.
Dengan berkeluasan 180 hektar, pengunjung akan dibawa oleh tour guide ladang yang berpengalaman meneroka jenis buahan yang diusahakan di sini, melawat galeri agro, melihat ikan di tepi kolam, serta melawat taman yang dipenuhi pelbagai jenis sayuran dan herba.
Pengungjung yang mengikuti tour ini bukan sahaja dapat belajar mengenai jenis tumbuhan yang ada di tanam, dapat juga memetik dan merasa sendiri kesegaran buahan dan tanaman yang ada di sini. Pelawat juga dapat peluang untuk melawat dan memberi haiwan seperti kambing dan arnab untuk makan di mini zoo yang ada di sini.
No comments:
Post a Comment