Friday, 25 November 2016

KAMPUNG NELAYAN BESERAH, KUANTAN

SK(Sukses Kembara) ke pantai timur pula. Kita ke Kuantan, Pahang. Kampung ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimana ianya dibuka, siapa yang membuka kampung ini juga unik. SK ke kampung Beserah. 5 minit dari bandar Kuantan. Selepas Bukit Pelindung turun sahaja sudah sampai ke perkampungan tersebut.

















Ada banyak kampung kecil dalam Beserah ni seperti Kg Bugis, Kg Masjid, Kg Pelindung dan lain-lain lagi. Cuma SK nak bawak korang ke Kg Pantai Beserah dimana perkampungan nelayan yang masih lagi wujud. Pemandangan tepi pantai yang sangat indah boleh didapati disini. Angin laut China Selatan yang meniup laju membuat rasa tak nak balik ke kota.


Kami sampai sahaja para nelayan sedang menyediakan persiapan rakan-rakan mereka kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Mereka akan balik dalam lingkungan jam 12:00 tengah hari hingga jam 03:00 petang. Korang boleh tunggu dan melihat juga membantu para nelayan menolak bot mereka ke tepi pantai.







No comments:

Post a Comment