Friday, 25 November 2016

KAMPUNG NELAYAN BESERAH, KUANTAN

SK(Sukses Kembara) ke pantai timur pula. Kita ke Kuantan, Pahang. Kampung ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimana ianya dibuka, siapa yang membuka kampung ini juga unik. SK ke kampung Beserah. 5 minit dari bandar Kuantan. Selepas Bukit Pelindung turun sahaja sudah sampai ke perkampungan tersebut.

















Ada banyak kampung kecil dalam Beserah ni seperti Kg Bugis, Kg Masjid, Kg Pelindung dan lain-lain lagi. Cuma SK nak bawak korang ke Kg Pantai Beserah dimana perkampungan nelayan yang masih lagi wujud. Pemandangan tepi pantai yang sangat indah boleh didapati disini. Angin laut China Selatan yang meniup laju membuat rasa tak nak balik ke kota.


Kami sampai sahaja para nelayan sedang menyediakan persiapan rakan-rakan mereka kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Mereka akan balik dalam lingkungan jam 12:00 tengah hari hingga jam 03:00 petang. Korang boleh tunggu dan melihat juga membantu para nelayan menolak bot mereka ke tepi pantai.







Wednesday, 23 November 2016

LEXIS PORT DICKSON

Kali ini Sukses Kembara (SK) ke Port Dickson Negeri Sembilan. Tidak jauh dari kota Kuala Lumpur hanya 1 jam 30 minit. Melalui lebuhraya PLUS keluar tol Seremban - Port Dickson, kemudian ambil lebuhraya arah Port Dickson.



Jangan keliru ya, Lexis Port Dickson dengan Grand Lexis berbeza walaupun bersebelahan sahaja. Harga bilik pun berbeza. 



Kami berpeluang tidur di bilik atas, bukan di 'water challet'. Ada 2 katil queen size boleh memuatkan 4 orang. Bilik air bersih dan luas. Juga terdapat "bath tab" untuk seorang sahaja.



Pemandangan bilik kami menghadap Selat Melaka dan dapat menikmati pemandangan matahari terbenam. Dan kami dapat melihat "water challet' yang cantik dari atas. Bilakah kami dapat menginap ya. InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Lexis Port Dickson
06-6532000
http://www.lexis.my/Home


Friday, 18 November 2016

THE ELS CLUB DESARU COAST

Baru-baru ini kami bersama Persatuan Penulis Travel Malaysia dan Penulis Blogger telah pergi ke FAM Trip anjuran Pelancongan Johor ke Desaru. Salah satu lokasi menarik adalah The Els Club Desaru Cost.




The Els Club Desaru Coast - "Lautan" menawarkan 27 lubang golf kejohanan direka oleh Ernie Els. Terletak di Pantai Desaru di selatan negeri Johor, "The Ocean" terdiri daripada 3 sembilan lubang kursus dinamakan Coast, Ridge, dan Tasik antara satu sama bermain kepada Par 36 memberikan satu cabaran untuk semua peringkat kemahiran.










The Clubhouse:
- 50,000 rumah kelab kaki persegi
- Reka bentuk kontemporari
- Sesuai untuk mesyuarat atau acara
- Pandangan ke padang golf dan juga Laut China Selatan
- Big Easy Bar and Grill yang menyediakan sentuhan moden pada makanan keselesaan yang terdiri daripada Steaks untuk Pastas serta kegemaran Asia tempatan
- 261 Sports Bar - tempat yang sempurna untuk berehat selepas bermain golf







https://www.facebook.com/pg/TheElsClubDesaruCoast/photos/



Thursday, 17 November 2016

ROYAL SUITE
GRAND PARAGON JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA'ZIM
---------------------------------------
















Untuk maklumat lanjut sila layari 
https://www.facebook.com/grandparagonhoteljb/