Ada banyak kampung kecil dalam Beserah ni seperti Kg Bugis, Kg Masjid, Kg Pelindung dan lain-lain lagi. Cuma SK nak bawak korang ke Kg Pantai Beserah dimana perkampungan nelayan yang masih lagi wujud. Pemandangan tepi pantai yang sangat indah boleh didapati disini. Angin laut China Selatan yang meniup laju membuat rasa tak nak balik ke kota.
Kami sampai sahaja para nelayan sedang menyediakan persiapan rakan-rakan mereka kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Mereka akan balik dalam lingkungan jam 12:00 tengah hari hingga jam 03:00 petang. Korang boleh tunggu dan melihat juga membantu para nelayan menolak bot mereka ke tepi pantai.