‘’PELANCARAN PROMOSI
TAHUN MELAWAT PAHANG 2017’’
– Kerajaan
Negeri Pahang melalui Tourism Pahang hari ini telah merasmikan MAJLIS PELANCARAN PROMOSITAHUN
MELAWAT PAHANG 2017. Pelancaran rasmi peringkat kebangsaan ini adalah
sebagai platform untuk mengetengahkan pelbagai destinasi menarik serta
acara-acara hebat yang bakal mewarnai kemeriahan Tahun Melawat Pahang 2017.
Program promosi yang telah dirancang melibatkan pelbagai medium seperti media
sosial, media massa, pameran, roadshow dan acara di peringkat kebangsaan
mahupun antarabangsa.
Acara perasmian ini telah
disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,Tengku
Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inBillah. Acara
inijugaakan turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja
Haji Adnan bin Haji Yaakob, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YH Dato’ Seri
Mirza Mohammad Taiyab serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan
Negeri Pahang iaitu YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.
Acara pada kali ini dilihat
berbeza jika dibandingkan denganacara pertama Pelancaran Promosi Tahun Melawat
Pahang 2017 yang telah berlangsung pada bulan April yang lalu di Kuantan Pahang
yang mana telah memperkenalkan logo rasmi iaitu (Hogoh Pahang) dan maskot rasmi
(Mat Jumbo) bagi Kempen Tahun Melawat Pahang 2017. Majlis yang diadakan pada
hari ini telah memperkenalkan salah satu lagu promosibagi Kempen Tahun Melawat
Pahang 2017.
Lagu ini telah dijayakan
bersama pihak Perbadanan Filem Nasional (FINAS) dalam usaha untuk menarik
perhatian pelancong dalam dan luar negara bagi merasai sendiri keunikan dan
kemeriahan yang bakal disajikan sepanjang Tahun Melawat Pahang 2017. Lagu ini juga bukan sahaja berperanan untuk
merancakkan lagi kempen ini, bahkan ianya bertujuan memperkenalkan sendiri kepelbagaian
destinasi pelancongan yang terdapat di 11 daerahnya yang mana merangkumi tiga
koridor utama iaitu ‘Highlands’, ‘Nature and Adventure’ dan ‘Islands and Beaches’
Negeri Pahang sememangnyaterkenalkeranamempunyaikeunikantersendiri
yang tidakterdapatpadanegeri-negeri lain. Negeriterbesar di Semenanjung
Malaysia inimemilikikhazanahsemulajadi yang
tidakternilaisepertihutanhujantropika, gua-gua yang
masihterpeliharasertapelbagaijenis flora dan fauna. Apa yang
menjadikanpengalamanberkunjungkeNegeri Pahang inilebihmenarikadalahkeranaianyajuga
kaya denganpelbagaiadatdanbudaya masyarakat yang terdiridaripada
pelbagaikaum.
Majlis Pelancaran Promosi
Tahun Melawat Pahang 2017 pada kali ini telah dihadiri oleh 350 orang tetamu
yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Peringkat Negeri dan
Persekutuan, badan-badan bukan kerajaan & syarikat swasta, pengurusan
tertinggi hotel terkemuka, agensi-agensi pelancongan, pengusaha syarikat
pengangkutan, editor-editor majalah serta rakan media bagi memeriahkan majlis tersebut.
Bagi memeriahkan lagi acara
ini, beberapa buah kenderaan pacuan 4 roda dengan logo rasmi Hogoh Pahang turut
dipamerkan. Pacuan empat roda ini adalah kenderaan rasmi yang bakal digunakan
bagi kembara jelajah ke 15 buah negara yang bermula dari Kuantan, Pahang dan
berakhir di Kota London sebelum berlangsungnya pelancaran Tahun Melawat Pahang
2017 di ‘World Travel Market’ (WTM London)’. Setiap destinasi
persinggahan sepanjang perjalanan tersebut akan turut berlangsungnya promosi
bagi Tahun Melawat Pahang 2017.
Selain itu, acara ini turut
diselitkan dengan pameran daripada penganjur-penganjur acara dan
pengusaha-pengusaha hotel Negeri Pahang yang mengetengahkan acara-acara menarik
sepanjang 2017 selain memperkenalkan produk-produk pelancongan Negeri Pahang
Dengan kepelbagaian program
dan promosi yang telah dirangka ini, Tahun Melawat Pahang 2017 yang menyasarkan
ketibaan 15 juta pelancong pastinya akan berlangsung dengan meriah dan jayanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai
Tahun Melawat Pahang 2017, sila layari:
Laman Web:www.pahangtourism.org.my
Facebook: facebook.com/tourismpahang
Instagram:
tourismpahang
Twitter:
tourismpahang
Telefon:
09-531 5904